Harga langganan
dari 4 hingga 24 November 2024
XX.XX
€ 0.00
Simulasi
pelaburan anda
Langgani
SharingThales 2024
Fahami SharingThales 2024 menerusi video
Video transcript
Thales melancarkan tawaran pemilikan saham pekerja baharunya: SharingThales 2024.
Tawaran ini merupakan peluang baharu untuk anda mengambil bahagian dalam pembangunan Kumpulan dengan melabur saham Thales di bawah syarat-syarat keutamaan.
Apakah kelebihan tawaran ini oleh SharingThales 2024?
- Harga beli saham yang mendapat faedah pengurangan sebanyak 20%
- Caruman daripada Thales sebanyak 50% daripada sumbangan peribadi anda yang terhad sehingga 500 euro
- Penanggungan yuran pengurusan akaun oleh Thales, dan
- Kemudahan pembayaran yang ditentukan oleh setiap negara
Anda mendapat faedah diskaun harga saham Thales sebanyak 20%.
Harga langganan sama dengan purata harga Bursa Saham Thales yang direkodkan antara 30 September dan 25 Oktober 2024, yang dikenakan diskaun sebanyak 20%.
Penetapan harga langganan ditetapkan pada 28 Oktober 2024. Bagi negara di luar zon mata wang Euro, harga langganan ini akan diumumkan dalam mata wang euro dan dalam mata wang tempatan anda berdasarkan kadar pertukaran pada 25 Oktober 2024.
Anda turut mendapat faedah caruman sebanyak 50% daripada sumbangan peribadi anda, terhad sehingga €500, sekali gus meningkatkan pelaburan anda.
Bagi mendapatkan faedah caruman maksimum, anda perlu melabur sekurang-kurangnya €1,000.
Pelaburan anda merupakan sebahagian daripada Skim Simpanan Kumpulan Thales.
Maka dengan itu, yuran pengurusan akaun dibiayai oleh Thales.
Akhir sekali, untuk memudahkan pelaburan anda, kemudahan pembayaran telah ditetapkan oleh setiap negara.
Segala butiran diperincikan dalam tambahan tempatan di laman web sharingthales2024.thalesgroup.com.
Harap maklum sebelum membuat pelaburan …
Pelaburan anda akan terkunci selama 5 tahun kecuali dalam kes pengeluaran awal yang diperlukan oleh undang-undang seperti pemergian daripada syarikat. Semua kes yang dinyatakan dalam tambahan tempatan tersedia di laman web sharingthales2024.thalesgroup.com.
Seperti mana-mana pelaburan dalam saham, pelaburan anda akan mengikuti evolusi naik turun harga saham Thales, dan dividen anda yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung akan dilaburkan semula secara langsung dalam PEG.
Bagi negara di luar zon mata wang Euro:
Langganan anda dalam mata wang tempatan anda akan ditukar kepada mata wang euro dan dilaburkan dalam saham Thales yang disenaraikan dalam mata wang euro di Bursa Saham Paris. Sepanjang tempoh pelaburan anda, nilai pelaburan anda turut berubah-ubah bergantung pada naik turun kadar pertukaran antara mata wang euro dan mata wang tempatan anda. Justeru, jika kadar mata wang euro meningkat berbanding mata wang tempatan anda, nilai saham yang dinilaikan dalam mata wang tempatan anda akan meningkat. Sebaliknya, jika kadar mata wang euro susut berbanding mata wang tempatan anda, nilai saham yang dinilaikan dalam mata wang tempatan anda akan berkurangan.
Adakah anda ingin merebut peluang ini?
Tiada amaun sumbangan peribadi minimum. Anda boleh melabur sehingga 25% daripada gaji tahunan kasar anda.
Untuk melanggan dan menjadi pemegang saham Thales, layari tapak web sharingthales2024.thalesgroup.com dari 4 hingga 24 November 2024!
Tarikh penting tawaran
2029